salam perkenalan

salam perkenalan & salam sejahtera kepada semua..
Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi melayari blog ini....
blog ini menyediakan cerita-cerita yang boleh dikongsi untuk santapan kita bersama...
sebarang cerita yang ingin dikongsi bersama boleh lah die-mailkan kepada saya...
tsunif2403@hotmail.com

Isnin, 5 Julai 2010

Untuk bakal suami isteri

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai
sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan
hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar
dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa
letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui
saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi,
semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh
berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya
kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang
ideal.

Tekan sini untuk selanjutnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan